PERAYAAN KAUM CHINA
Tahun Baru China
7. Perayaan ini disambut meriah oleh mereka berbangsa Cina
selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan
perhubungan sesama keluarga. Kebiasaannya, sambutan Tahun Baru Cina ni memang
sinonim dengan makanan seperti yee sang, kuih bulan dan limau mandarin.
Pesta Tanglung
8. Perayaan yang juga dipanggil Chap Goh Mei ini diadakan
sebagai penutup bagi perayaan Tahun Baru Cina. Pesta tanglung merupakan malam
pertama bulan purnama selepas Tahun Baru Cina. Pada malam tersebut, tanglung
berwarna-warni akan dinyalakan dan mercun akan dibakar untuk memeriahkan lagi
sambutan. Menurut adat kaum Cina, tujuan mercun dibakar untuk menghalau makhluk
jahat yang kejam. Makhluk tersebut dikatakan akan takut sekiranya mendengar
bunyi bising yang dihasilkan oleh mercun.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CHINA
Samfoo :
9. Membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek
Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri
daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta
dipakai bersama seluar longgar.
Ceongsam :
10. Pakaian
ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada
upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang
emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran
masa dan kesesuaian. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan
hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan
kanannya.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CHINA
Kuih Bakul :
11. Kuih
bakul ini merupakan kuih Tahun Baru Cina bagi kaum cina. Ia diperbuat daripada
tepung pulut berbentuk seperti dodol. Walaupun kuih bakul boleh dimakan pada
bila-bila masa, namun secara tradisi kuih ini paling laris dimakan semasa
perayaan Tahun Baru Cina. Hal ini demikian kerana memakan kuih ini dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya melambangkan " setahun
lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan.”
Yee Sang :
Yee Sang adalah hidangan
mesti semasa perayaan tahun Baru Cina. Tiada perayaan Tahun Baru Cina adalah
lengkap tanpa yee sang. Makanan ini dihidangkan sepanjanng sambutan Tahun Baru
Cina lunar. Makanan ini diberikan makna seperti kita melontarkan bahan-bahan
yang berwarna-warni yang tinggi dan secara serentak yang mempunyai impian yang
sama kemakmuran dan kekayaan.
BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH KAUM CHINA
- Masyarakat Cina Malaysia menggunakan Bahasa
Mandarin sebagai Bahasa
komunikasi antara mereka.
- Mereka juga
akan menggunakan bahasa dialek dalam komunikasi antara suku dialek
yang sama. Bahasa dialek utama
Masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa
Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa
Teochew.
- Bahasa Mandarin Baku juga akan digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia
dalam
komunikasi dengan orang China dan
orang Taiwan, dan Bahasa Kantonis juga banyak
digunakan dalam komunikasi dengan
orang Hong Kong dan Macau, orang Cina
Kanada dan orang Cina Amerika
Syarikat.
- Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
digunakan sebagai Bahasa
komunikasi antara masyarakat Cina
dengan kaum Melayu, kaum India dan orang
asing.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CHINA
Yo-yo China :
Ø
Yo-yo cina ialah permainan
dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang.
Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang
diikat pada dua batang kayu kecil.
Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming
sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644
selepas Masihi.
No comments:
Post a Comment