INDIA

 


      KAUM INDIA

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. 

            Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut  memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.




PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

   

    DHOTI



  •   Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
  •       Diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.




              SARI



  •       Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.

 

  •      Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.




MAKANAN TRADISIONAL MASYRAKAT INDIA




TOSAI





  •      Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya.
  •   Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.
  •    Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga rangup .




PUTUMAYAM



  •   Putu Mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan menggalakkan dari semua bangsa. Kini, ia turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia, Sri Lanka, dan Singapura sebagai snek yang biasanya dimakan ketika sarapan pagi.
  •   Putu Mayam yang diperbuat daripada adunan tepung beras ini enak dihidang bersama kelapa parut dan gula Melaka




PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA




Thirumanam



  •   Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Ada tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam.
  •   Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (basuh kaki ibu bapa, beri hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang).

 

  • Melalui pemahaman ini , Ia boleh menyatukan atau memecah-belahkan masyarakat majmuk. Di Malaysia, kaum Melayu adalah kelompok majoriti. Dengan ini, kaum Melayu menduduki tempat tinggi bukan saja dalam hierarki etnik di negara ini,
  • Perpaduan  dalam  konteks  ini  membawa maksud  rakyat Malaysia  yang berbilang kaum mestilah bersatu hati dalam pelbagai perkara bagi menyelesaikan masalah, bermuafakat  dalam semua hal, bekerjasama antara  satu sama  lain dan berunding  untuk  bersatu agar  menjadi  satu bangsa  yang  kuat.  Perpaduan  juga merujuk kepada penyatuan kepelbagaian etnik dalam sesebuah negara bertepatan serta mengiktiraf kewujudan kepelbagaian .
  • Perpaduan adalah asas kepada pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk amalannya  dalam  masyarakat  berbilang  kaum  di  Malaysia .  Antara  nilai  yang  ditekankan  ialah  sikap penerimaan dalam kalangan pelbagai etnik  terhadap etik yang lain. Sikap penerimaan yang ingin diwujudkan merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi bagi membolehkan setiap keunikan pelbagai etnik saling dikongsi, dihormati dan diterima sebagai lambang identiti kebangsaan




No comments:

Post a Comment

e-FOLIO (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)

 e-FOLIO (Penghayatan Etika Dan Peradaban) MPU 21032 KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN NAMA AHLI KUMPULAN :- 1. MUHAMMAD FAKHRUL SYAHMI BIN MOHD HANA...