Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal.Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’, Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan. Justeru dapat dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.
MAKSUD PERPADUAN
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yangdiwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbezauntuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untukmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara . Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihakyang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkaumandikalangan kaum di Malaysia . Terdapat pelbagai usaha kerajaan untukmemupuk isu perpaduan kaum di Malaysia termasuklah memperkenalkan pendidikan Sivik dan kewarganegaraan sejak di bangku sekolah. Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negarasaling berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untukmembentuk negara yang makmur dan damai.Sesebuah negara yang majutidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum
No comments:
Post a Comment